Perasmian

Perasmian

Tuesday, May 27, 2014

BSN School Carnival 2014 - Perasmian Blog PIBG SK Ledang


Pada hari Sabtu 24 Mei 2014, telah berlangsung BSN School Carnival 2014 di Sekolah Kebangsaan Ledang. Karnival ini adalah anjuran bersama PIBG SK Ledang dan Bank Simpanan Nasional.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk IR. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Ledang. Pada masa yang sama beliau juga telah merasmikan Blog PIBG SK Ledang ini. 

Pelbagai aktviti telah diatur dan dijalankan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sehingga jam 6.00 petang. 



























PIBG SK Ledang dan Bank Simpanan Nasional mengucapkan terima kasih diatas sambutan yang diberikan oleh semua pihak.

Admin.

Sunday, May 18, 2014

BSN School Carnival 2014

PIBG SK Ledang dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional akan mengadakan BSN SCHOOL CARNIVAL pada hari Sabtu, 24 Mei 2014 bertempat di SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG.

Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk IR. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Perdadangan Antarabangsan Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Ledang.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini. 



Admin

Sambutan Hari Guru SK Ledang 2014

Sambutan Hari Guru SK LEdang 2014 telah diadakan pada 18 Mei 2014 di Dewan SK Ledang jam 7.30 pagi. 

Acara ini telah dikelolakan oleh AJK PIBG sebagai salah satu aktiviti bagi Sarana Ibu Bapa PIBG SK Ledang. 

Pelbagai acara telah diadakan seperti membaca teks Ucapan Sambutan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran, bertukar-tukar hadiah dikalangan guru, cabutan bertuah dan persembahan oleh guru.


Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Ledang. 












Admin

Ujibakat Pertandingan Bakat BSN School Carnival


Sabtu, 17 Mei 2014 telah berlangsung acara ujibakat bagi pertandingan Bakat BSN School Carnival. Ujibakat ini diadakan kerana penyertaan yang diterima amat menggalakkan daripada sekolah-sekolah Daerah Muar Dan Ledang. 13 murid telah dipilih sebagai peserta akhir Pertandingan Bakat tersebut.   












Admin

Sunday, April 27, 2014

Mesyuarat Koordinasi Karnival BSN SK Ledang Tahun 2014


Bersempena dengan BSN School Carnival 2014, satu mesyuarat Koordinasi telah diadakan bertempat di Bilik PIBG SK Ledang pada hari Ahad, 27 April 2014 jam 3.00 petang.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YDP PIBG, Guru Besar, Pegawai Bank Simpanan Nasional dan AJK PIBG SK Ledang selaku AJK Pengelola BSN School Carnival 2014.